Home Bahasa Malaysia Pasar Besar Seremban Bebas dari wabak covid 19

Pasar Besar Seremban Bebas dari wabak covid 19

 

SEREMBAN- Selepas dua minggu ditutup, Pasar Besar Seremban kini dibuka semula kepada orang ramai bermula esok.

Pasar itu diarahkan tutup sejak 3 Mei lalu berikutan terdapat kes jangkitan koronavirus (Covid-19) dalam kalangan peniaga dan susulan itu seramai 618 peniaga dikehendaki membuat saringan.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS) Datuk Zazali Sallehudin berkata, daripada 618 peniaga, hanya 85 daripada mereka tidak dibenarkan beroperasi.

“Kesemua peniaga dikehendaki membuat saringan Covid-19 sebanyak dua kali bagi memastikan mereka benar-benar bebas daripada wabak berkenaan.

“Kita bagi tempoh tiga hari kepada mereka untuk buat saringan. 85 daripada mereka didapati masih belum buat saringan kali kedua,” katanya kepada Makkal osai.

Sehubungan itu beliau menggesa peniaga terbabit membuat saringan kali kedua di Klinik Kesihatan Daerah berhampiran.

Menurutnya, orang ramai juga tidak perlu bimbang untuk datang ke pasar  kerana ia sudah bebas daripada daripada wabak Covid-19 selain telah disanitasi beberapa kali.

“Bermula esok pasar ini dibuka semula kepada orang ramai bermula jam 6 pagi hingga 12 tengah hari.

“Walaupun dah bebas daripada Covid-19, peniaga tetap perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) keselamatan ditetapkan begitu juga dengan orang ramai,” katanya.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version