Home Bahasa Malaysia Pasukan khas kesan individu rentas negeri tanpa kebenaran

Pasukan khas kesan individu rentas negeri tanpa kebenaran

KUALA LUMPUR , Mei 5-

Polis Diraja Malaysia telah menubuhkan sebuah pasukan khas bagi mengesan individu yang melakukan pergerakan rentas negeri tanpa kebenaran polis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pasukan khas yang turut dianggotai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu ditugaskan untuk melakukan pemantauan di kawasan perumahan dan kampung di seluruh negara.

“Arahan telah dikeluarkan kepada semua Ketua Polis Negeri untuk mengambil tindakan (pemantauan di seluruh negara).

“PDRM ada rekod siapa yang telah mendapat kebenaran rentas negeri dan siapa tidak katanya pada siding media. Abdul Hamid juga berkata, orang ramai yang ingin melakukan pergerakan rentas negeri perlu mempunyai alasan munasabah serta mendapat kebenaran pihak polis terlebih dahulu.

Pergerakan rentas negeri boleh dilakukan tetapi perlu ada alasan yang wajar serta mendapat permit polis,” katanya.

Semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilapor berkata, sebanyak 1,175 kenderaan dikesan cuba merentas negeri pada Sabtu telah diarah berpatah balik.

 

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version