Home Bahasa Malaysia Makmal di China hasilkan ubat COVID-19

Makmal di China hasilkan ubat COVID-19

BEIJING:

Sebuah makmal di China sedang membangunkan ubat yang dipercayai mampu memulihkan pesakit COVID-19 tanpa menggunakan vaksin.

Wabak yang buat pertama kali muncul di republik itu pada penghujung tahun lalu, sebelum merebak ke seluruh dunia, mendorong perlumbaan antarabangsa dengan matlamat mencari rawatan dan vaksin.

Ubat berkenaan diuji oleh saintis di Universiti Peking, China bukan hanya memendekkan tempoh masa penyembuhan, malah ‘menawarkan’ imuniti jangka pendek daripada dijangkiti virus itu, demikian menurut penyelidik.

Pengarah Pusat Inovasi Lanjutan untuk Genomik Universiti Beijing, Sunney Xie, pula berkata ubat berkenaan berjaya di peringkat ujian ke atas haiwan.

“Apabila kami menyuntik antibodi peneutralan pada tikus yang dijangkiti, setelah lima hari kadar viral dikurangkan dengan faktor 2,500.

“Ini bermakna ubat ini berpotensi dan mempunyai kesan terapeutik,” katanya.

Ubat itu menggunakan antibodi peneutralan yang dihasilkan sistem imun manusia untuk menghalang virus daripada menjangkiti sel yang mana kumpulan Xie mengasing daripada darah dalam kalangan 60 pesakit pulih.

Kajian penyelidikan kumpulan terbabit diterbitkan pada Ahad lalu, dalam jurnal sel saintifik, mencadangkan penggunaan antibodi membekalkan potensi ‘penawar’ untuk penyakit selain memendekkan masa penyembuhan.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version