Home Bahasa Malaysia Covid-19: Semua negeri Semenanjung manfaat SELangkah

Covid-19: Semua negeri Semenanjung manfaat SELangkah

Aplikasi SELangkah (Langkah Masuk Dengan Selamat) dibangunkan Kerajaan Negeri bagi menjejak kontak Covid-19 dimanfaatkan semua negeri di Semananjung Malaysia, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata berdasarkan data diterima, Johor antara negeri yang merekodkan penggunaan tinggi selepas Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.

“Perlis turut menggunakan aplikasi ini dan mencatatkan lebih kurang 83 pengguna. Ini antara sumbangan Selangor kepada kerajaan untuk jejak kontak seterusnya mengekang penularan Covid-19,” katanya ketika sesi temubual dalam talian pada Program Cendol Aidilfitri anjuran Institut Darul Ehsan hari ini.

Penggunaan SELangkah luar Selangor membabitkan syarikat atau premis perniagaan memiliki rangkaian cawangan di negeri lain antaranya 7-Eleven, Al-Ikhsan Sports, Giant Hypermarket, JM Beriana House, F&N Coco Cola (M) Sdn Bhd, Coffee Bean & Tea Leaves, SP Setia dan Chilli’s.

Ia mula diperkenalkan 4 Mei lalu bagi menjejak jangkitan virus di mana-mana premis perniagaan atau pejabat bagi mencegah penularan pandemik itu dengan pemilik premis hanya perlu mencetak kod QR melalui portal selangkah.mbiselangor.com.my atau selangkah.my dan mempamerkannya untuk diimbas pengunjung.

Aplikasi ini juga hanya menggunakan nombor telefon sahaja bagi membuat penjejakan tanpa membocorkan data peribadi individu.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version