Home Bahasa Malaysia Tiga beradik dikhuatiri lemas di Hulu Terengganu

Tiga beradik dikhuatiri lemas di Hulu Terengganu

Tiga beradik dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Terengganu , Kampung Kuala Telemong, Hulu Terengganu.

Ketiga-tiga mangsa dikatakan berkunjung ke sungai yang terletak berhampiran kediaman mereka kira-kira pukul 6.00 petang semalam.

Mangsa yang lemas dikenali sebagai Umar Iskandar Mohd , 21 tahun, Khairil Firdaus, 17 tahun dan adik mereka Khalif Naim, 16 tahun.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, DSP Mohd Adli Mat Daud berkata kejadian disedari empat pemancing yang berada di seberang sungai sebelum mendengar suara meminta tolong.

Sebaik tiba dilokasi kejadian kesemua mangsa telah hilang dan mereka memaklumkan kepada penduduk kampung.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version