Home Bahasa Malaysia “Malaysia Boleh Bebas Jangkitan Tanpa Vaksin” – Dr Noor Hisham

“Malaysia Boleh Bebas Jangkitan Tanpa Vaksin” – Dr Noor Hisham

Dr Noor Hisham menjelaskan bahawa Malaysia mampu memutuskan kadar jangkitan COVID-19 tanpa vaksin sekalipun jika rakyat Malaysia mematuhi standard operasi pengoperasian (SOP) pencegahan yang telah digariskan oleh KKM. Ini kerana untuk menghasilkan sesuatu vaksin, ia memakan waktu yang lama.

Beliau berkata sedemikian berdasarkan pengalaman beberapa negara yang berdepan dengan pandemik sebelum ini tanpa menggunakan vaksin, misalnya Sindrom Pernafasan Virus Korona Asia Barat (MERS-Cov) dan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS).

Tambah Dr Noor Hisham, ianya bergantung kepada kepatuhan rakyat Malaysia kepada SOP yang telah ditetapkan dalam memastikan jangkitan kekal antara satu atau dua angka.

Tambah beliau, sekiranya ini berterusan, kerajaan sudah boleh merancang utnuk melakukan strategi keluar daripada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang tamat pada Ogos ini.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version