Home Bahasa Malaysia Kes kematian di Indonesia mencecah 2,000

Kes kematian di Indonesia mencecah 2,000

Jumlah kes kematian di Indonesia akibat Covid-19 telah mencecah 2,000 kes.

Ini selepas pertambahan 41 kes kematian baharu dalam tempoh 24 jam, menurut statistik Worldometers.

Ini sekali gus meletakkan negara 270 juta jiwa itu di tangga teratas dari segi korban di Asia Tenggara.

Negara Asia Tenggara yang berada di tangga kedua selepas Indonesia ialah Filipina dengan 1,036 kematian. 

Indonesia semakin bergelut untuk memastikan virus maut itu dapat dikekang di negara 34 wilayah itu.

Jumlah yang disahkan dijangkiti sehingga awal pagi ini ialah 35,295 kes manakala yang sembuh ialah 12,636 kes.

Yang masih dirawat ketika ini ialah 20,659 pesakit.

Negara tertinggi dari segi kes jangkitan di Asia Tenggara pula ialah Singapura dengan 39,387 kes, kebanyakannya dalam kalangan pekerja asing. 

Namun, jumlah kematian ialah 25 kes sahaja. 

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version