Home Bahasa Malaysia Gelandangan Bandar-Masih ada harapan?

Gelandangan Bandar-Masih ada harapan?

Di sebalik kegawatan penularan wabak koronavirus (Covid-19), jelas terpancar rasa gembira pada wajah 166 orang gelandangan yang selama ini hidup tanpa arah tujuan termasuk merempat di Kuala Lumpur.

Mereka kini boleh berdikari menerusi program​ khas​​ ​penempatan pekerjaan anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama ​K​ementeria​n Wilayah Persekutuan​, Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Kuala Lumpur dan 19 agensi lain.

Program tersebut dilaksanakan selepas gelandangan itu ‘diselamatkan’ dalam operasi DBKL di beberapa kawasan termasuk sekitar Masjid India, Masjid Jamek, Masjid Negara dan Bangkok Bank semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.

Setakat ini, seramai 70 daripada 166 orang gelandangan itu sudah mula bertugas di tujuh buah syarikat termasuk McDonald’s, Jaya Grocer dan Tesco.

Sementara 96 orang yang lain akan mengikuti program khas Projek Pembungkusan Sarung Tangan oleh Syarikat Top Glove Corporation Bhd.

Program itu akan dilaksanakan di Pusat Transit Gelandangan, Jalan Ampang dan Anjung Singgah, Jalan Hang Lekiu (pusat bandar Kuala Lumpur).

Setakat April lalu, DBKL menyelamatkan 864 gelandangan dan menempatkan mereka di 12 pusat komuniti dan dewan serbaguna yang dijadikan penempatan sementara.

Gelandangan dapat dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu penagih dadah, pesakit mental, pekerja yang tiada tempat tinggal dan juga penganggur yang tiada kediaman.

Sememangnya nasib baik gelandangan ini amat melegakan namun persoalannya, apakah ia akan berterusan selepas PKP nanti?

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version