Home Bahasa Malaysia Bubar Parlimen tanpa berlengah – Mohamad Hasan

Bubar Parlimen tanpa berlengah – Mohamad Hasan

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, adalah baik jika kerajaan Perikatan Nasional (PN) membubarkan Parlimen tanpa berlengah sebagaimana yang dilakukan oleh negara jiran Singapura.

Katanya, Perdana Menteri republik itu, Lee Hsien Loong telah membubarkan Parlimen untuk membolehkan pilihan raya umum diadakan pada 10 Julai 2020 bagi memastikan kerajaan yang memerintah mempunyai mandat yang baik dan diyakini.

  “Dalam konteks negara kita, adalah baik jika kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin juga melakukan perkara yang sama tanpa berlengah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau itu, Malaysia tidak pernah berada dalam kedudukan politik yang sangat tidak stabil seperti ini sejak merdeka.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version