Home Bahasa Malaysia UNITAR berhasrat untuk terus merapatkan jurang kemahiran dalam pasaran tenaga kerja

UNITAR berhasrat untuk terus merapatkan jurang kemahiran dalam pasaran tenaga kerja

UNITAR akan bekerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia, menjelang Karnival

Kerjaya Maya UNITAR 2020

26 June 2020 – Putrajaya: Universiti Antarabangsa UNITAR (UNITAR) bakal
menjalankan pelbagai inisiatif, bagi mengenalpasti jurang kemahiran dalam pasaran tenaga kerja. Ia juga akan mewujudkan pelbagai tawaran pengajian dan program-
program khusus bagi mengalakkan peningkatan kebolehpasaran kerja. Inisiatif tersebut telah dibentangkan oleh pihak universiti kepada Menteri Sumber Manusia,
Datuk Seri M Saravanan di pejabatnya baru-baru ini. UNITAR diwakili oleh Ketua
Pegawai Eksekutif, Puvan Balachandran, Naib-Canselor, Prof Dr Noor Raihan Ab
Hamid dan Pengarah Perhubungan Korporat, Badri Abdullah.

Di dalam mesyuarat tersebut, UNITAR telah mengetengahkan beberapa pelan
komprehensif untuk melaksanakan program-program peningkatan kemahiran dan
latihan semula. Ini bagi menyokong inisiatif kementerian untuk membantu
penganggur di kalangan graduan dan pekerja yang diberhentikan, terutama sekali
semenjak penularan wabak COVID-19. Oleh itu, UNITAR bakal memulakan kajian
peringkat kebangsaan berkaitan jurang kemahiran dan analisis berasaskan
kecekapan tenaga kerja dalam dunia ekonomi gig.

Di samping pembangunan dan penginstitusian rangka kerja kecekapan, penekanan
akan diberikan kepada penghasilan program-program peningkatan kemahiran dan
latihan semula. Ia beserta peluang untuk berhubung di kalangan pekerja dengan
pihak industri di bawah inisiatif strategik Pembangunan Sumber Manusia Berhad
(PSMB).

Selain dari itu, UNITAR juga menawarkan latihan, bimbingan dan ruang perniagaan
menerusi program berkonsepkan keusahawanan, yang dipanggil ‘UNITAR InCUBIZ
Centre’. Ia sebuah program khas direka untuk bakal usahawan yang ingin melabur
alam perniagaan dan stabil walaupun bekerja sendiri. UNITAR sasar untuk
menghasilkan 1000 usahawan dalam masa 12 bulan. Program tesebut akan
membantu dari segi penganjuran bengkel latihan dan perancangan perniagaan,
program mentor terdiri dari pakar industri, pembiayaan dana, ruang inkubasi niaga,
dan peluang untuk berinteraksi bersama pemilik-pemilik perniagaan.

Sehingga bulan Januari tahun ini, UNITAR telah menerima perakuan 7 sijil profesional
di bawah skim Sijil Industri Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB). Universiti
tersebut juga akan menyerahkan 10 permohonan untuk menempatkan program
tambahan di bawah inisiatif strategik PSMB. Ini secara langsung menyokong
perlaksanaan program Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) oleh
kerajaan bagi memperkasakan peningkatan komunita menerusi tawaran program
pengajian. Sokongan tersebut digambarkan melalui penyerahan replika cek kepada
Datuk Seri M Saravanan oleh Puvan Balachandran dan disaksikan oleh Prof Dr Noor
Raihan Ab Hamid.

Pebincangan antara pihak universiti dan kementerian juga merangkumi kepentingan
menggunakan teknologi dalam program pendidikan, sejajar dengan
perkembangan ekonomi gig di Malaysia. Penghasilan platform pembelajaran atas
talian beberapa tahun lepas telah dilihat sebagai salah satu factor yang
menyumbang kepada peningkatan pekerja bebas.

UNITAR sangat aktif melancarkan pelbagai kolaborasi bagi memastikan kesediaan
graduan sebelum bermula kerjaya industri kelak. Di dalam pengumuman pada tahun
lepas, UNITAR dan agensi kajian dan pembangunan negara Mimos telah
menandatangani memorandum persetujuan untuk bekerjasama dalam sebuah
program menghasilkan generasi saintis data baru.

Universiti Antarabangsa UNITAR (UNITAR) menjadi institut pengajian tinggi pertama di
Asia untuk menerima penarafan 5-bintang dalam kategori pembelajaran dalam
talian / jarak jauh, yang dianugerahkan oleh QS Stars yang berpangkalan di United
Kingdom. Dengan penarafan QS 5-Bintang, UNITAR dapat mempromosikan program
akademik, penyelidikan, penglibatan industri dan kebolehpasaran siswazah bertaraf dunia kepada calon pelajar, alumni, dan rakan universiti utama. QS Stars juga menilai UNITAR dengan maksimum 5-Bintang dalam kategori khusus lain yang dinilai; iaitu
mengajar, kebolehpasaran siswazah, perakaunan & kewangan dan
keterangkuman.

Menurut Puvan juga, komitmen UNITAR untuk mewujudkan graduan sedia kerja
dapat dilihat melalui pegangan prinsip Kolaborasi, Adaptif, Reflektif dan
Keusahawanan, dengan mensasarkan penghasilan graduan yang berkeinginan
untuk berjaya dalam pasaran kerja. Universiti juga telah mengambil inisiatif untuk
memperluaskan kualiti penyampaian pendidikan melalui pelbagai program dan
latihan pendidikan. Ini sejajar dengan usaha kementerian untuk mendekatkan diri
dengan komuniti yang memerlukan dengan menawarkan akses pendidikan
berkualiti yang mencukupi supaya lebih bersedia dengan permintaan pasaran kerja
di masa depan.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version