Home Bahasa Malaysia Malaysia saman EU: Kempen antiminyak sawit

Malaysia saman EU: Kempen antiminyak sawit

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara (AGC) akan memfailkan tindakan undang-undang ke atas Kesatuan Eropah (EU) melalui Mekanisme Penyelasaian Pertikaian (DSM) di bawah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

Menteri KPPK, Datuk Dr Khairudin Aman Razali berkata, tindakan undang-undang ini dilaksanakan berdasarkan kepada asas dan justifikasi serta selaras dengan prinsip amalan perdagangan yang telah digariskan oleh WTO.

Menurut beliau, polisi yang dilaksanakan EU dalam Delegation Regulation di bawah European Union Renewable Energy Directive II (EU RED II) ini telah mewujudkan sekatan yang tidak sewajarnya ke atas usaha kemampanan dan kelestarian yang telah dan sedang dilaksanakan Malaysia.

Malah katanya lagi ia juga menyekat amalan perdagangan bebas.

“Tindakan diskriminasi oleh EU ini akan menyebabkan lebih 3 juta rakyat Malaysia yang terlibat dalam rantaian industri sawit negara menerima impak yang negatif termasuk lebih setengah juta pekebun kecil sawit,” katanya.

Sebagai makluman kata Dr Khairudin, pada Disember 2018, EU telah meluluskan EU RED II.

Lanjutan daripada itu tambahnya, pada Mac 2019 Delegated Regulation iaitu peraturan pelengkap di bawah EU RED II juga telah diluluskan.

Delegated Regulation tersebut kata beliau antara lain menerangkan mengenai kriteria atau metodologi bagi menentukan sama ada sumber dalam pengeluaran biobahan api menyebabkan kadar  pertukaran penggunaan tanah secara tidak langsung  (ILUC) yang tinggi atau rendah dan kesannya kepada pelepasan gas rumah hijau.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version