Home Bahasa Malaysia Tangguh kes untuk berkempen sudah jadi norma baru, tanya Rais

Tangguh kes untuk berkempen sudah jadi norma baru, tanya Rais

Apakah orang kena tuduh boleh menangguhkan perbicaraan terhadapnya dengan alasan untuk pergi berkempen sudah menjadi norma baru bagi negara ini, tanya Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan, Tan Sri Rais Yatim.

“Sekarang tertuduh boleh memberikan alasan untuk pergi berkempen dari menghadirkan dirinya ke mahkamah.

“Adakah ini norma baru selepas Covid-19.

“Mana pergi segala peraturan yang ada?” tanya Rais menerusi twitter ekoran persetujuan mahkamah untuk membenarkan kes 1MDB terhadap Datuk Seri Najib Razak ditangguhkan untuk membolehkan beliau pergi berkempen di pilihan raya kecil Chini.

Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah pada 1 Julai lalu membenarkan permohonan penangguhan perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi memberi laluan kepada Najib untuk berkempen di PRK Chini yang akan berlangsung Sabtu ini.

Chini merupakan salah satu DUN dalam kawasan Parlimen itu dan PRK kali ini merupakan yang pertama dijalankan selepas Perintah Kawalan Pergerakan kerana pandemik Covid-19 sejak Mac lepas.

Najib ke Chini untuk berkempen bagi calon Barisan Nasional (BN) Mohd Sharim Md Zain mewakili UMNO yang akan menentang dua calon bebas iaitu Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin dan Mohd Shukri Mohd Ramli.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version