Home Bahasa Malaysia Ketua polis Rochester letak jawatan

Ketua polis Rochester letak jawatan

Ketua polis di bandar raya Rochester meletakkan jawatan semalam beberapa hari selepas berlakunya tunjuk perasaan berhubung kematian seorang lelaki berkulit hitam.

Dalam satu kenyataan, ketua polis itu, La’Ron Singletary berkata, dakwaan bahawa beliau kurang daya usaha dalam kejadian itu dan cuba melindungi kes tersebut merupakan satu kesilapan moral dan mengkritik tindakannya itu dipolitikkan.

“Sebagai seorang lelaki yang berintegriti, saya tidak hanya duduk sahaja sedangkan di luar sana terdapat entiti yang cuba untuk merosakkan karakter saya,” katanya yang merupakan seorang lelaki berkulit hitam.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version