Home Bahasa Malaysia Penempatan semula 25 keluarga Indian Settlement selesai tahun hadapan

Penempatan semula 25 keluarga Indian Settlement selesai tahun hadapan

Penyusunan semula penempatan 25 keluarga dari perkampungan Indian Settlement, Batu Caves di sini dijangka selesai selewat-lewatnya tahun hadapan, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata langkah itu diambil bagi memberi laluan pelaksanaan projek rancangan tebatan banjir dan ia sudah mendapat persetujuan masyarakat di kawasan terbabit.

“Kita sasar tahun ini atau tahun depan untuk alihkan penduduk yang tinggal di tepi sungai ke satu tempat lain dan ini (penyusunan semula) sudah lama dipersetujui.

“Sekarang ia di peringkat akhir dan kita harap proses dilaksanakan dengan baik kerana kita mahu masukkan mereka ke dalam lot disediakan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan program gotong-royong Hari Malaysia anjuran Jawatankuasa Penduduk (JKP) Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Zon 8 di Perkampungan Indian Settlement semalam.

Difahamkan, isu berkaitan Kampung Indian Settlement sudah selesai pada 2009, namun ia tidak mengikut pelan asal memandangkan ada penduduk yang tinggal di tepi sungai.

Kerajaan Negeri berusaha membantu penduduk kerana sebelum ini mereka menghadapi kecelaruan tanah lot yang bercampur dan tidak disusun dengan baik.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version