Home Bahasa Malaysia 11 MP AMANAH akan sokong Anwar, kata Mohamad Sabu

11 MP AMANAH akan sokong Anwar, kata Mohamad Sabu

Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu mengesahkan kesemua 11 ahli Parlimen parti itu menyokong penuh kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Pengerusi Pakatan Harapan.

Beliau berkata, AMANAH memberi kepercayaan kepada Anwar untuk membentuk kerajaan baharu menggulingkan kerajaan yang dirampas Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Seperti yang telah diputuskan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan sebelum ini, AMANAH mengesahkan bahawa semua 11 orang Ahli Parlimen AMANAH menyokong sepenuhnya kepimpinan Datuk Seri Anwar sebagai Pengerusi Pakatan Harapan.

“Dan memberikan kepercayaan kepada beliau untuk membentuk kerajaan baharu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terkini, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson mengisytiharkan memperoleh sokongan besar, kukuh dan meyakinkan untuk merampas kembali Putrajaya.

Untuk rekod Pakatan Harapan mempunyai 91 sokongan dengan DAP 42, PKR 38 dan AMANAH 11.

Menurut sumber, sokongan besar yang diperoleh kali ini termasuk 10 dari ahli Parlimen Umno dan kesemua 19 ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS).

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version