Home Bahasa Malaysia Anwar dakwa dapat majoriti bentuk kerajaan baharu

Anwar dakwa dapat majoriti bentuk kerajaan baharu

Pakatan Harapan (PAKATAN) mendakwa mendapat sokongan ahli parlimen untuk membentuk kerajaan baharu dengan majoriti yang “cukup meyakinkan”.

Pengerusinya Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan sidang media mengejut di sebuah hotel di ibu kota tengah hari ini memaklumkan usaha mendapat sokongan wakil-wakil rakyat.

Tambahnya, majoriti itu “bukan empat, lima atau enam” tetapi enggan memberi butiran penuh jumlah tersebut.

Beliau berkata susulan itu, kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak lagi dapat dipertahankan.

“Alhamdulillah kini saya telah mendapat sokongan yang kukuh dan menyakinkan daripada ahli-ahli parlimen untuk saya persembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong.

“Ingin saya nyatakan di sini majoriti yang menyokong saya ialah ahli parlimen Melayu dan Islam,” katanya.

Anwar menjelaskan beliau mendapat perkenan untuk menghadap Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustapa Billah Shah pada 21 September lalu tetapi ditangguhkan kerana baginda menerima rawatan di Institut Jantung Negara.

“Maklumat dan langkah selanjutnya akan saya maklumkan selepas mengadap baginda Yang di-Pertuan Agong dalam masa yang terdekat, InsyaAllah,” katanya.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version