Home Bahasa Malaysia ADUN Kota Damansara Dan Isteri Serta Dua Anaknya Positif Covid-19

ADUN Kota Damansara Dan Isteri Serta Dua Anaknya Positif Covid-19

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara, Shatiri Mansor memaklumkan bahawa beliau serta beberapa ahli keluarganya disahkan positif Covid-19.

Perkara ini disampaikan oleh beliau sendiri di dalam satu rakaman video yang dikongsikan menerusi Facebook rasminya hari ini.

Menurut beliau, pada mulanya isterinya telah disahkan positif Covid-19 pada 30 September lalu dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan. Selepas menjalani saringan ‘swab test’ kali kedua, beliau dan dua orang anaknya turut dijangkiti Covid-19 dan akan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Tambahnya lagi dalam video tersebut, mereka sekeluarga dan tujuh orang lagi kakitangan Pusat Khidmat DUN Kota Damansara yang pulang dari Sabah telah menjalani kuarantin diri di kediaman masing-masing.

Bagaimanapun, pusat khidmat DUN Kota Damansara tetap dibuka kepada orang ramai dan dikendalikan oleh pekerja yang tidak pergi ke Sabah baru-baru ini.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version