Home Bahasa Malaysia Lapan maut dalam serangan sasar gabenor wilayah Afghan

Lapan maut dalam serangan sasar gabenor wilayah Afghan

Satu serangan nekad mensasarkan seorang gabenor wilayah Afghan membunuh sekurang-kurangnya lapan orang kelmarin, menurut pihak berkuasa, ketika presiden melawat Qatar di mana rundingan damai yang berjalan perlahan dengan pihak Taliban sedang diadakan.

Seramai 28 orang telah tercedera ketika penyerang merempuh dengan kenderaannya yang membawa bahan letupan ke arah konvoi Rahmatullah Yarmal, gabenor wilayah timur Laghman.

“Gabenor tersebut sedang memandu ke pejabatnya ketika keretanya dilanggar.

“Empat daripada pengawal peribadinya serta empat orang awam telah terkorban, 28 orang tercedera,” jurucakap gabenor itu, Assadullah Daulatzai memberitahu AFP, sambil menambah bahawa gabenor tidak mengalami sebarang kecederaan.

Jurucakap Kementerian Dalam Negara Tareq Arian mengesahkan serangan dan menyatakan kebanyakan mangsa yang tercedera adalah orang awam.

Ia muncul ketika Presiden Ashraf Ghani tiba di Doha kelmarin untuk bertemu dengan pegawai Qatar, tiga minggu selepas pelancaran rundingan damai di antara  kerajaan Afghan dan pihak Taliban.

Ghani pada mulanya singgah di Kuwait bagi menyampaikan ucapan takziah atas kematian amir Sheikh Sabah al-Ahmad Al-Sabah, menurut jurucakapnya Sediq Sediqqi.

Beliau kemudian pergi menemui perunding kerajaan Afghan di Doha termasuk Soltan

bin Saad Al-Muraikhi, menteri negeri bagi hal ehwal luar negara Qatar.

“Ghani telah mendengar daripada delegasi dan berbual sebentar bagi menunjukkan sokongan penuh beliau terhadap rundingan dan proses damai,” kata perunding Nader Naderi.

Rundingan di antara Taliban dan kerajaan Afghan, bertujuan untuk menamatkan konflik selama 19 tahun di Afghanistan, telah berjalan dengan perlahan mengenai tindakan tidak setuju untuk merangka satu akta undang-undang yang akan membantu dalam  rundingan yang lebih meluas.

Taliban, yang merupakan pengikut tegar Sunnah, berkeras untuk mematuhi sekolah Hanafi dalam kawasan Islam Sunnah, namun pihak perunding kerajaan menyatakan ini akan digunakan bagi membezakan terhadap Hazara, yang lebih didominasi Syiah dan minoriti lain di negara.

Satu lagi perkara yang hangat dibincangkan adalah bagaimana perjanjian AS-Taliban akan membentuk satu perjanjian damai akan datang dan bagaimana ia akan dirujukkan.

Tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab bagi serangan Laghman, namun Taliban bergiat aktif di wilayah tersebut.

Pada Sabtu lepas, seorang pengebom nekad meletupkan sebuah kenderaan yang penuh dengan bahan letupan di pintu masuk sebuah bangunan pentadbiran di wilayah timur Nangarhar, mengorbankan 15 orang, kebanyakan orang awam, menurut pihak berkuasa.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version