Home Bahasa Malaysia Messi lupakan seketika masalah di Barca

Messi lupakan seketika masalah di Barca

Bintang bola sepak, Lionel Messi akan berehat daripada drama berpanjangan bersama Barcelona ketika dia cuba membantu Argentina ke Piala Dunia di Qatar yang mungkin peluang terakhirnya menjulang trofi paling berpestij di dunia itu.

Pemain berusia 33 tahun yang juga pemegang rekod enam kali pemenang Ballon d’Or itu, menang semuanya pada peringkat kelab bersama Barcelona beberapa kali tetapi kabinet trofi di peringkat antarabangsa jelas tidak boleh dijadikan perbandingan.

“Satu-satunya sasaran saya ialah menang Piala Dunia bersama pasukan kebangsaan,” katanya.

Paling hampir dia melakukannya setakat ini ialah kalah pada final di tangan Jerman pada 2014.

Pertembungan dengan Ecuador Jumaat ini akan memberikannya peluang untuk memulakan kempen menjelang saingan akhir nanti.

Dia akan berusia 35 tahun ketika Piala Dunia Qatar berakhir dan akan berumur 39 tahun pada saingan seterusnya di Amerika Utara.

Pada masa yang sama dia akan berdepan dua saingan kelayakan – Argentina akan berkunjung ke Bolivia Selasa depan – yang mampu mengurangkan masalahnya di kelab.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version