Home Bahasa Malaysia Ronaldo dijangkiti Covid-19

Ronaldo dijangkiti Covid-19

Bintang bola sepak pujaan dunia, Cristiano Ronaldo diuji positif Covid-19 seperti disahkan pasukan kebangsaan Portugal.

Pemenang lima kali Ballon d’Or berusia 35 tahun itu didapati positif pandemik tersebut kelmarin dan kini dilepaskan daripada pasukan kebangsaan.

Ekoran itu, beliau terlepas perlawanan Liga Negara-Negara bersama Portugal minggu ini.

Menurut laporan, Ronaldo tidak mengalami gejala dan kini menjalani kuarantin sendiri untuk proses pemulihan.

Pada 11 Oktober lalu, beliau beraksi ketika Portugal seri tanpa jaringan bertemu Perancis di Paris.

Bagaimanapun menurut Persekutuan Bolasepak Portugal, selain Ronaldo, skuad Portugal semuanya negatif, begitu juga dengan skuad Perancis.

“Kami mengikuti semua langkah pencegahan… tetapi ia masih terjadi. Kami melakukan ujian setiap hari,” kata pengendali Portugal Fernando Santos.

Pertahanan Juventus Giorgio Chiellini berkata dia ada menghubungi Ronaldo.

“Dia baik-baik saja dan sedang berjemur, dia akan kembali apabila bersedia,” kata Chiellini.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version