Home Bahasa Malaysia Titah YDPA dikatakan pendapat, Muhyiddin dikecam

Titah YDPA dikatakan pendapat, Muhyiddin dikecam

Kenyataan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yaasin yang dikeluarkan lewat malam tadi kini dikecam netizen kerana menganggap Titah Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai pendapat.

Muhyiddin dalam kenyataannya itu berkata, “Jemaah Menteri mengambil maklum kenyataan Istana Negara mengenai ‘pendapat’ KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bahawa tiada keperluan buat masa ini untuk Baginda mengisytihar darurat di negara ini atau mana-mana bahagian di Malaysia”.

Menurut laras bahasa Istana ‘titah’ adalah perkataan yang paling sesuai dan bukannya ‘pendapat’ tulis pengguna Facebook Azrul Azwar yang turut berkongsi kenyataan Muhyiddin itu.

Kenyataan itu juga, Muhyiddin turut membahasakan dirinya sebagai ‘saya’ yang sepatutnya diganti dengan bahasa Istana iaitu perkataan ‘patik’.

Di mana Muhyiddin berkata, “Saya menjunjung kasih di atas kepercayaan Seri Paduka Baginda kepada kerajaan pimpinan saya dan menyambut baik nasihat supaya kestabilan kerajaan tidak diganggu-gugat”.

“Hasil tulisan org yg tak faham maksud ayat2 Istana serta tujuan ayat. Ditulis cacamarba semata utk beri tonasi kononnya kerajaan muhyiddin masih relevan,” kata Anas Marhaen Dzulkifli.

“KeTololan melampau penasihat media Makcik Gemok tidak dapat membezakan ‘keputusan’ Tuanku YDA dengan persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu tidak perkenan Proklamasi Darurat dengan ‘Pendapat’. Letak jawatan sahaja kau Muhyiddin, pembantu kau bukan cerdik. Di tipu hidup2 oleh mereka,” tulis Zaharin Mohd Yasin.

“Pendapat? Kau ingat ini keputusan ketua kampung ke? Adakah ini bermakna keputusan YDPA dan MRR akan dilanggar kerana memganggap keputusan tersebut sekadar pendapat?” tulis pemilik akaun Facebook Anwar Ibrahim PM Rakyat.

Berdasarkan carian di Dewan Bahasa dan Pustaka perkataan ‘titah’ bermaksud perintah (raja); menjunjung perintah (raja) manakala maksud pendapat pula adalah buah fikiran atau anggapan.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version