Home Bahasa Malaysia Ops Tebah- Pelayan seks lari guna pintu rahsia

Ops Tebah- Pelayan seks lari guna pintu rahsia

Entah di mana silapnya, perancangan penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menyerbu tiga premis yang didakwa terlibat kegiatan haram atas nama pusat urut di Jalan Metro Perdana Barat, Kepong hari ini menemui kegagalan.

Pengusaha premis berkenaan nampaknya berjaya ‘menghidu’ kehadiran mereka dan berjaya meloloskan diri bersama tukang urut dan pelayan seks di tiga premis terbabit petang tadi.

Para pegawai penguat kuasa DBKL yang terlibat dalam serbuan Ops Tebah bagi membasmi kegiatan haram di ibu negara itu turut mendapat kerjasama polis dan Jabatan Imigresen.

Mereka telah turun menyerbu ketiga-tiga premis haram berkenaan yang disyaki beroperasi tanpa lesen sah dan menjalankan kegiatan tidak bermoral dalam Ops Tebah mulai jam 4 petang hingga sekitar 8.30 malam tadi.

Ketika tiba di premis pertama di sebuah kondominium mewah di Metro Prima Barat, pintu besi tingkat bawah yang mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) untuk memantau kehadiran individu atau pihak berkuasa.

Dua anggota penguat kuasa DBKL cuba mengumpil mangga kunci selama 10 minit sebelum mereka terpaksa menggunakan mesin pemotong besi sebelum melakukan serbuan.

Malangnya serbuan di premis pertama mendapati semua individu di dalamnya telah melarikan diri walaupun lampu masih menyala dan pendingin hawa di lebih 10 bilik dalam premis itu masih tidak ditutup.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version