Home Bahasa Malaysia 23 Warga Asing Diminta Tampil Lakukan Saringan COVID-19

23 Warga Asing Diminta Tampil Lakukan Saringan COVID-19

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kinta sedang mengesan 23 orang pekerja warga asing dari Asrama Pekerja Kilang Imperial Garments Flat Anjung Tawas Damai, di sini bagi tujuan saringan COVID-19.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP A Asmadi Abdul Aziz, berkata hasil laporan PKD Kinta menyatakan bahawa terdapat 377 orang pekerja dari kilang tersebut telah disahkan positif COVID-19.

“Langkah awal telah diambil dengan memindahkan para pekerja yang positif jangkitan ini ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Arena Badminton Perak.

Seterusnya mereka akan dikumpulkan untuk dihantar ke PKRC Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) dengan menggunakan bas,” katanya.

Tambah Asmadi, hal ini dilakukan bagi memudahkan urusan pemantauan para pesakit.

“Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kerana telah membantu menyediakan kawat duri dan peralatan lain bagi tujuan kawalan,” katanya lagi.

“Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mula dikuatkuasakan di Asrama Pekerja Kilang Imperial Garments Flat Anjung Tawas Damai berkuat kuasa semalam,” katanya.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version