Home Bahasa Malaysia Kalau Tiada Duit Khidmat Guaman, Apa Nak Buat?

Kalau Tiada Duit Khidmat Guaman, Apa Nak Buat?

Biasanya kalau berlaku kes-kes macam kemalangan, fitnah, tuduhan dan sebagainya yang melibatkan undang-undang, selalunya mangsa keadaan akan menggunakan khidmat guaman bagi menuntut keadilan ke atasnya.

Selalu kita dengar, seseorang itu difitnah atas sesuatu dakwaan yang tidak berasas. Bagi melindungi nama baik dan mempertahankan haknya, individu tersebut sanggup membelanjakan ribuan ringgit melantik seorang peguam untuk membantu kesnya.

Tapi itu bagi yang MAMPU. Bagaimana pula bagi mereka yang TIDAK MAMPU? Perlu tahu, kos guaman bukannya murah ya. Kita tengok sajalah isu perbicaraan dalam mana-mana laporan berita. Semuanya ‘main’ ribu-ribu, ratus ribu, malah sampai RM1 juta pun ada.

Justeru, peguam jenayah, Mufarwa Farid (gambar) telah pun menjelaskan tentang apa yang kena buat kalau nak lantik peguam tapi tiada bajet yang secukupnya. Jom ikuti perkongsiannya ini.

Kalau takda duit nak bayar peguam, apa nak buat?

1) Bagi kes melibatkan kemalangan jalanraya, contohnya dilanggar pemandu mabuk, kebanyakan peguam akan ambil bayaran selepas kita dapat pampasan.

Ada peguam yang dah nyatakan siap-siap berapa yuran guamannya. Ada peguam yang nyatakan mengikut persen pampasan. Contohnya, 20% daripada pampasan yang kita akan dapat.

Jadi, seolah-olah kita tak perlu bayar. Tolak saja dengan pampasan yang kita akan dapat. Dapat RM200k, bagilah kepada peguam tersebut dengan harga yang dipersetujui lepas habis kes.

2) Bagi kes-kes saman lain pun lebih kurang sama. Bezanya, kita perlu letakkan dahulu deposit.

Contohnya kita nak saman fitnah. Katakan peguam tu letak yuran guaman RM20k. Kita bayar dahulu RM2k.

Nanti bila menang kes, defendan kena tanggung keseluruhan RM20k tersebut. RM18k bagi peguam, RM2k bagi kat kita semula.

Kalau kalah? Memang kena tanggung sendiri. Sebab tu kena fikir masak-masak dan dapatkan peguam yang bertauliah sama ada kes kita ni kuat atau tidak.

3) Kalau kes jenayah? Kita ditangkap polis, jadi macam mana nak hire peguam kalau takda duit?

i- Kalau kita atau keluarga kita betul-betul takda duit, kita boleh minta bantuan daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK). Setiap daerah ada pejabatnya.

Buat permohonan di situ. Isi borang dan sebagainya. Seminggu dua lepas tu, mereka akan hantar peguam untuk wakili kita.

Kalau gaji kita bawah RM2000, peguam tersebut adalah percuma. Kalau gaji-gaji lain, perlu bayar sedikit yuran, tetapi tak setinggi yuran guaman swasta.

YBGK mempunyai team peguam yang dibayar untuk membantu insan tidak berkemampuan. Cuma, terdapat beberapa syarat yang kalau tulis sini, panjang.

ii- Kalau kes kita dituduh bawah kes yang berdepan dengan hukuman mati, mahkamah sendiri akan sediakan peguam secara percuma kalau terbukti kita atau keluarga kita betul-betul tak mampu.

4) Bagi option nombor 1 dan 2 di atas, tak semua peguam yang tawarkan pembayaran sebegitu. Cari dan pilih peguam yang bersesuaian dengan kemahuan kita.

5) Bagi option nombor 3 (i) dan (ii), tak semestinya permohonan kita berjaya. Ada berjaya, ada yang tidak.

Jika tidak berjaya, kita perlu cari alternatif lain untuk memilih peguam mengikut kemampuan ekonomi kita.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version