Home Bahasa Malaysia Korea Utara lancar “objek tidak dikenal pasti” ke dalam laut

Korea Utara lancar “objek tidak dikenal pasti” ke dalam laut

Korea Utara melancarkan sebuah objek ke dalam laut awal pagi ini (25 Mac), yang mungkin adalah ujian pertama peluru berpandu balistik negara itu sejak Amerika Syarikat diterajui oleh Presiden Joe Biden.

Dalam kenyataannya, ketua turus bersama Korea Selatan berkata “objek yang belum dapat dikenal pasti” itu dilancarkan ke Laut Jepun, yang dikenali sebagai Laut Timur di Korea.

Bagaimanapun, tiada perincian tentang objek tersebut atau berapa banyak dilancarkan.

Kementerian Pertahanan Jepun menyatakan peluncur itu tidak gugur dalam wilayah Jepun.

“Ia mungkin peluru berpandu balistik. Ia tidak gugur dalam wilayah Jepun dan dipercayai gugur dalam zon eksklusif ekonomi Jepun,” menurut jurucakap kementerian itu.

Awal dari itu, pasukan pengawal pantai Jepun memberi amaran kepada kapal-kapal yang menghampiri objek tersebut dan sebaliknya meminta mereka memberikan maklumat berkaitan kepada pasukan pengawal pantai.

Korea Utara yang bersenjata nuklear dilarang daripada membangunkan peluru berpandu balistik di bawah ketetapan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PB).

Namun ia terus- menerus membangunkan keupayaannya di bawah kepimpinan Kim Jong Un, menguji peluru berpandu yang berupaya sampai ke Amerika Syarikat sedang ketegangan memuncak pada 2017.

Insiden hari ini berlaku selepas Pyongyang melancarkan dua peluru berpandu jarak dekat, bukan peluru berpandu balistik ke arah barat menghala ke China pada hujung minggu lalu.

Ia dilancarkan menyusuli lawatan ke rantau itu oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat Antony Blinken dan Setiausaha Pertahanan Lloyd Austin untuk membincangkan isu-isu bagi mengukuhkan perikatan dan keselamatan di rantau tersebut, dengan Korea Utara dilihat sebagai ancaman utama.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version