Kegiatan pemindahan rokok seludup bernilai RM166,504.80 di kawasan parkir awam sebuah kondominium di sini terbantut setelah diserbu polis pada Jumaat.
Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rosman Ismail berkata, serbuan sepasukan anggota PPM Pelabuhan Klang pada jam 9 pagi itu bertindak hasil intipan selama dua jam selepas mengesan tujuh buah kenderaan mencurigakan tiba ke lokasi terbabit.
“Beberapa individu dikesan sedang memindahkan kotak berwarna coklat dari sebuah van ke kereta.