Home Bahasa Malaysia NGO desak Muhyiddin isytihar Israel negara pengganas

NGO desak Muhyiddin isytihar Israel negara pengganas

JINGGA 13 menuntut Perdana Menteri supaya Malaysia mengisytiharkan Israel sebagai sebuah negara pengganas serta mengutuk sekeras-kerasnya dan meminggirkan siapa sahaja dalam negara ini yang mempunyai hubungan dengan zionis.

Dalam kenyataan yang diterima Malaysia Dateline, Timbalan Ketua Koordinator JINGGA 13, Michael Iskhandaar berkata, rakyat negara ini harus berdiri teguh bersama bersolidariti dengan rakyat Palestin yang telah menjadi mangsa serangan sejak awal minggu ini.

Katanya lagi, tindakan biadap regim zionis Israel merupakan amalan tradisi mereka sejak beberapa abad yang lalu dengan merampas tanah dan hak rakyat Palestin tanpa perikemanusiaan dan melanggar hak asasi manusia.

 “Menyerang rakyat Palestin dengan tembakan peluru getah, bom tangan dan gas pemedih mata khususnya terhadap wanita dan kanak-kanak adalah satu tindakan pengecut terutama sekali mereka yang tidak memiliki sebarang senjata.

” Ternyata zionis Israel sengaja cuba mempromosi keganasan melampau yang tidak berperikemanusiaan dan membuli mangsa-mangsa yang tidak bersalah termasuklah negara seperti Palestin, Timur Tengah, Asia, Iran dan banyak lagi.

“Sejajar dengan itu kerajaan Malaysia pada hari ini harus menghentikan sebarang urusniaga dan tidak membenarkan warga Israel masuk ke negara ini,” tegas beliau.

Dengan itu saran Mikhael rakyat Malaysia harus menentang Israel kerana ia adalah pengganas yang jelas lagi ketara serta menuntut PM supaya lebih berani untuk menyatakan pendirian menentang zionis Israel dan tegas untuk melawan tindakan keji puak tersebut.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version