Home Bahasa Malaysia Kementerian kesihatan telah melaporkan 15,902 kes Covid-19 dalam 24 jam terakhir

Kementerian kesihatan telah melaporkan 15,902 kes Covid-19 dalam 24 jam terakhir

Kes Covid-19 terus memecahkan rekod jangkitan tertinggi dengan 15,902 kes baru dilaporkan setakat tengah hari ini.

Ia menjadikan jumlah terkumpul jangkitan sebanyak 996,393 kes, maklum KKM.

Ini selepas kes semalam dilaporkan sebanyak 15,573 kes, rekod tertinggi jangkitan harian Covid-19 yang dicatatkan sejak negara dilanda pandemik itu awal tahun lepas.Sebelum ini kes tertinggi adalah sebanyak 13,215 kes pada 15 Julai lepas.

Selangor kekal negeri yang mencatatkan kes tertinggi dengan 7,351 kes manakala Kuala Lumpur turut merekodkan kes empat angka dengan 2,406 kes.

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Selangor – 7,351 (358,969)
WPKL – 2,406 (108,006)
Johor – 804 (83,308)
Sabah – 712 (78,652)
Sarawak – 261 (73,579)
Negeri Sembilan – 625 (66,102)
Pulau Pinang – 505 (41,524)
Kelantan – 502 (39,407)
Kedah – 867 (37,261)
Perak – 469 (33,310)
Melaka – 631 (27,724)
Pahang – 406 (20,963)
Terengganu – 267 (14,045)
WP Labuan – 30 (9,578)
WP Putrajaya – 59 (3,317)
Perlis – 7 (648)

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version