Home Bahasa Malaysia Datuk Bandar direman 3 hari

Datuk Bandar direman 3 hari

Seorang Datuk Bandar yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam direman tiga hari bermula hari ini sehingga Jumaat bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah.  Majistret Mohd Zulhilmi Ibrahim membenarkan permohonan SPRM yang dibuat ke atas pegawai kanan kerajaan negeri yang berusia 60 tahun itu.

Hasil siasatan awal yang dijalankan SPRM mendapati suspek menerima wang rasuah daripada kontraktor bagi setiap kelulusan projek yang dilaksanakan di bawah kendalian sebuah PBT sewaktu beliau menjadi Datuk Bandar majlis bandar raya berkenaan. Kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) ASPRM 2009 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi dan penjara maksimum 20 tahun.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version