Home Bahasa Malaysia SIAPAKAH PERDANA MENTERI YANG KE-9?

SIAPAKAH PERDANA MENTERI YANG KE-9?

Kuala Lumpur, Ogos 17-

Sorotan penting politik negara hari ini lebih tertumpu kepada Yang di-Pertuan Agong apabila ketua-ketua parti akan dipanggil menghadap dipercayai bagi menentukan calon Perdana Menteri kesembilan serta proses pembentukan kerajaan baharu.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijangka menerima menghadap ketua-ketua parti utama di Istana Negara, bermula jam 2 petang ini.

Dalam sesi menghadap itu, mereka dijangka mempersembahkan nama-nama calon Perdana Menteri baharu, sekali gus membolehkan Seri Paduka mendapat gambaran jelas berkenaan tahap sokongan ahli-ahli Parlimen terhadap calon berkenaan.

Ini susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam sebagai perdana menteri selepas beliau kehilangan kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

Peletakan jawatannya itu diperkenankan Yang di-Pertuan Agong namun baginda berkenan Muhyiddin menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri sementara atau ‘caretaker’ sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.

Keputusan beliau dibuat selepas 15 Ahli Parlimen UMNO menarik sokongan, manakala cadang kerjasama rentas parti dengan Parikan Nasional (PN) pimpinannya tidak mendapat sokongan pembangkang.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version