Home Bahasa Malaysia PENJAWAT AWAM WAJIB VAKSIN SEBELUM 1 NOV

PENJAWAT AWAM WAJIB VAKSIN SEBELUM 1 NOV

Petaling Jaya, Sept 30-

Semua pegawai perkhidmatan awam persekutuan diwajibkan mengambil suntikan vaksin Covid-19 dan perlu segera mendapatkannya sebelum 1 Nov, menurut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

JPA dalam satu kenyataan berkata, langkah itu bagi memberikan keyakinan dan jaminan kepada orang awam serta memastikan kelancaran penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat.

“Sekiranya pegawai awam masih belum mengambil vaksin selepas tempoh yang ditetapkan tanpa mendapatkan pengecualian daripada pegawai perubatan kerajaan maka pegawai tersebut boleh dikenakan tindakan tatatertib selaras dengan peraturan semasa yang berkuat kuasa.

“Semua pegawai awam adalah tertakluk kepada Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993],” menurut kenyataan itu.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version