Home Bahasa Malaysia Sajat sudah lari ke Australia

Sajat sudah lari ke Australia

Kuala Lumpur: Usahawan kosmetik dalam buruan, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat mengesahkan dirinya kini sudah berada di Australia.

Nur Sajat memaklumkan dirinya sedang menjalani kuarantin di Canterbury, Australia dan sudah pun secara rasmi berhijrah ke negara Kanggaru itu dengan bantuan kerajaan Australia ketika ‘live’ di media sosial miliknya.

Untuk rekod, Nur Sajat sebelum ini ditahan di sebuah kondominium di Thailand oleh pihak imigresen negara itu selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan maklumat mengenai keberadaan usahawan dalam buruan berkenaan yang lolos melalui laluan kereta api di Padang Besar, Perlis.

Ketika ditahan Nur Sajat mengemukakan kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang dikeluarkan ibu pejabat suruhanjaya itu di Bangkok dan memaklumkan dia akan berhijrah ke Australia.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version