Home Bahasa Malaysia SOP kempen dibentang esok

SOP kempen dibentang esok

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan membentangkan prosedur operasi standard (SOP) kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kepada Jawatankuasa Pengurusan COVID-19, esok. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata mesyuarat jawatankuasa berkenaan akan dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Kementerian Kesihatan (KKM) akan memberi ulasan mengenai SOP itu pada mesyuarat sama katanya pada sidang media di sini, hari ini. SPR menetapkan 20 November ini sebagai hari pengundian bagi PRN Melaka dan hari penamaan calon pada 8 November serta tarikh mengundi awal pada 16 November selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan pada 4 Oktober lalu.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version