Home Bahasa Malaysia Lima ‘superman’ ditahan

Lima ‘superman’ ditahan

Lima lelaki berusia 17 hingga 20 tahun ditahan selepas menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya di Kilometer 14 hingga 20 di Lebuhraya Seremban- Port Dickson semalam. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, mereka ditahan sekitar jam 1 hingga 2.35 petang dari kedua arah Seremban dan Port Dickson.

Lima lelaki ini termasuk pelajar Tingkatan lima dari sebuah sekolah menengah di Bukit Jalil, pekerja kilang di Bangi, Banting, Telok Panglima Garang, Selangor dan seorang mekanik daripada Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Sebelum tangkapan dijalankan, seorang suspek yang juga penunggang dari Bangi, Selangor berusia 19 tahun bergerak dari arah Seremban ke Port Dickson manakala empat penunggang itu bergerak dari arah Port Dickson ke Seremban, katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version