Home Bahasa Malaysia Motosikal bertembung, 3 lelaki maut

Motosikal bertembung, 3 lelaki maut

Tiga lelaki termasuk dua warga asing maut apabila motosikal ditunggang mereka bertembung di Kilometer 4, Jalan Chuah ke Bukit Pelandok di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed, berkata kejadian berlaku pada jam 7 malam itu membabitkan dua motosikal ditunggang seorang lelaki tempatan dan dua warga Pakistan.

Beliau berkata, penunggang motosikal warga Pakistan, Usman Muhammad, 34, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala, manakala pemboncengnya, Hassan Ahmad, 29, dan penunggang motosikal warga tempatan, P Daneshwaran, 22, meninggal dunia di Wad Kecemasan, Hospital Port Dickson.

Daneshwaran menunggang motosikal Honda Wave dari Jalan 5, Taman Bahagia, Sepang, Selangor adalah pekerja kontrak, mengalami kecederaan di kepala dan disahkan meninggal dunia di Hospital Port Dickson.

Aidi Sham berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang Daneshwaran dari arah Lukut menghala ke Bukit Pelandok, bertembung dengan motosikal dinaiki dua lelaki Pakistan itu yang datang dari arah bertentangan.

“Sebaik sampai di lokasi kejadian, dua motosikal ini dipercayai bertembung secara berdepan, menyebabkan semua mangsa parah di kepala dan meninggal dunia,” katanya.

Aidi Sham berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan polis meminta saksi kejadian tampil bagi membantu siasatan.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version