Home Bahasa Malaysia Mulai esok, sebahagian pengguna tidak akan dapat mengakses WhatsApp

Mulai esok, sebahagian pengguna tidak akan dapat mengakses WhatsApp

California: Bermula esok, sebahagian pengguna telefon pintar tidak boleh menggunakan aplikasi WhatsApp kecuali menaik taraf peranti masing-masing. Sebelum ini, WhatsApp mengumumkan untuk menghentikan fungsi aplikasi itu pada lebih 52 telefon pintar mulai 1 November ini.

Ia bermakna, berjuta-juta pengguna akan disekat daripada menggunakan aplikasi sosial berkenaan melainkan mereka menaik taraf peranti mereka atau mengemaskini sistem operasi telefon pintar. Menurut WhatsApp, langkah itu adalah bagi melindungi pengguna dan memastikan aplikasi berkenaan selamat.

Bagi peranti yang menggunakan sistem operasi Android, WhatsApp berkata, ia hanya akan menyokong Android 4.1 dan ke atas, manakala bagi pengguna iPhone, ia hanya menyokong kemas kini iOS 10 dan ke atas. Tetapi, bagi model-model tersenarai yang masih menerima sokongan naik taraf sistem operasi, termasuk iPhone 6s yang mempunyai sistem operasi asal iOS 9, pengguna hanya perlu menaik taraf sistem operasi telefon pintar mereka kepada yang terkini dan masih boleh menggunakan WhatsApp seperti biasa.

Bagaimanapun, sekiranya tidak terdapat kemas kini, pengguna tidak mempunyai pilihan selain mendapatkan telefon pintar terbaru, katanya. Menurutnya, pengguna juga dinasihatkan memuat naik sejarah perbualan, gambar, video atau dokumen di WhatsApp ke Google Drive bagi membolehkan ia dimasukkan semula selepas mendapatkan peranti baru. Berikut adalah senarai peranti yang tidak boleh menggunakan WhatsApp bermula esok.

iPhone: iPhone 6, iPhone 6S plus iPhone SE

Samsung  : Galaxy Trend Lite,Galaxy Trend II, Galaxy SII, Galaxy S3 mini II Dual,mGalaxy Xcover 2, Galaxy Core, Galaxy Ace 2

LG: Lucid 2, Optimus F7, Optimus F5, Optimus L3, Optimus F5, Optimus L5, Best L5 II, Optimus L5, Dual Best L3 II, Optimus L7, Optimus L7 II, Dual Best L7 II, Optimus F6, Enact Optimus L4 II, Dual Optimus F3, Best L4 II, Best L2 II, Optimus Nitro HD, Optimus 4X HD, Optimus F3Q

ZTE: ZTE V956, Grand X Quad V987, Grand Memo

Sony: Xperia Miro, Xperia Neo L, Xperia Arc S

Huawei: Ascend G740, Ascend Mate, Ascend D Quad XL, Ascend D1 Quad XL, Ascend P1 S, Ascend D2

Model-model lain: Alcatel Archos 53 Platinum, HTC Desire 500, Caterpillar Cat B15, Wiko Cink Five, Wiko Darknight, Lenovo A820, UMi X2, Run F1, THL W8

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version