Thailand hari ini melaporkan kes pertama kebarangkalian varian Omicron, membabitkan seorang lelaki Amerika yang dalam perjalanan dari Sepanyol. Ketua Pengarah Jabatan Sains Perubatan, Dr Suakit Sirilak, berkata lelaki berusia 35 tahun itu disahkan positif pada 1 Disember dan kini menjalani rawatan di hospital.
Sementara itu, Dr Suakit menafikan laporan terdapat pesakit Afrika yang didapati positif Omicron. Pesakit menjalani saringan untuk varian Delta, katanya. Pada awal Disember, Thailand turut mengenakan larangan kepada kemasukan pelancong dari lapan negara Afrika berikutan penemuan varian Omicron. Dalam tempoh 24 jam lalu, Thailand melaporkan 4,000 kes baharu COVID-19 dan 22 kematian, menjadikan lebih 2.1 juta kes dan 20,966 korban sejak wabak itu bermula tahun lalu. – Bernama