Home Bahasa Malaysia Sesi persekolahan ditangguh seminggu

Sesi persekolahan ditangguh seminggu

Sesi persekolahan sesi persekolahan penggal ketiga 2021/2022 ditangguhkan selama seminggu berikutan banjir besar yang melanda beberapa negeri di seluruh negara. Berikutan itu, sesi persekolahan bagi sekolah Kumpulan A akan bermula pada 9 Januari 2022 dan keesokannya bagi Kumpulan B.

Sebelum ini, Kementerian Pendidikan (KPM) menetapkan sesi penggal ketiga akan bermula pada 2 Januari 2022 bagi sekolah Kumpulan A dan 3 Januari 2022 bagi Kumpulan B. Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, dalam video di laman Facebook, berkata Kementerian Pendidikan (KPM) amat mengambil berat kebajikan murid, ibu bapa dan guru, terutama yang terkesan akibat banjir besar minggu lalu.

Mengambil situasi banjir semasa di seluruh negara yang membabitkan murid, ibu bapa dan guru, sama ada secara langsung atau tidak, juga membabitkan sekolah yang terjejas teruk atau menjadi pusat pemindahan sementara (PPS), sesi persekolahan penggal ketiga 2021/2022 ditangguhkan seminggu.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version