Home Bahasa Malaysia Lebih 27,000 kes harian Covid-19 di India

Lebih 27,000 kes harian Covid-19 di India

New Delhi: India melaporkan 27,553 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam dengan varian Omicron terus mendominasi.Jumlah kematian akibat virus berkenaan juga meningkat 284 menjadikan jumlah keseluruhan 481,770 kematian, menurut kementerian kesihatan.

Setakat ini, India mencatatkan keseluruhan kes jangkitan Covid-19 sebanyak 34.9 juta.Delhi dan Mumbai menyaksikan peningkatan ketara kes jangkitan.Ketua Menteri, Arvind Kejriwal berkata, walaupun angka jangkitan di Delhi meningkat tiga kali ganda dalam tempoh hanya tiga hari, namun kadar kemasukan ke hospital tidak ketara.

“Ia bermakna, kebanyakan kes tidak memerlukan rawatan di hospital kerana menunjukkan gejala ringan. Kes meningkat tetapi tidak perlu bimbang atau panik,” katanya. India akan menjalankan pemberian vaksin bagi remaja berusia 15 hingga 18 tahun bermula esok dan sedang membuat persiapan rapi di sekolah dan hospital.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version