Home Bahasa Malaysia Covid-19 kes baharu 4,774

Covid-19 kes baharu 4,774

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 4,774 kes baru Covid-19. Kes kumulatif kini berjumlah 2,870,758. Jumlah kemasukan hospital pesakit Covid-19 di seluruh negara telah meningkat sebanyak 21.73 peratus dalam tujuh hari lepas berbanding tujuh hari sebelumnya.

Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow. Pecahan mengikut negeri untuk semalam (Jan 30) di mana 4,915 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut: Selangor (1,269), Johor (763), Kedah (420), Kuala Lumpur (409), Melaka (396), Sabah (373), Pulau Pinang (326), Kelantan (279), Negeri Sembilan (204), Pahang (204), Perak (130), Terengganu (67), Putrajaya (29), Perlis (28), Sarawak (18), Labuan (0).

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version