Home Bahasa Malaysia 19,090 kes baharu Covid-19

19,090 kes baharu Covid-19

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 19,090 kes baru Covid-19. Kes kumulatif kini berjumlah 2,975,422. Jangkitan baru yang dilaporkan hari ini adalah yang tertinggi dalam 148 hari, sejak 15 September tahun lalu.

Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow. Pecahan mengikut negeri untuk semalam (Feb 9) di mana 17,134 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:

Selangor (3,582), Sabah (3,333), Johor (2,321), Kedah (1,569), Kelantan (1,222), Kuala Lumpur (1,068), Pulau Pinang (1,010), Pahang (739), Negeri Sembilan (618), Perak (395), Melaka (347), Terengganu (327), Putrajaya (204), Sarawak (184), Perlis (152), Labuan (63).

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version