Home Bahasa Malaysia Dibelasah kerana dakwaan ganggu ‘awek’ rakan sekolah

Dibelasah kerana dakwaan ganggu ‘awek’ rakan sekolah

Gua Musang: Pelajar Tingkatan Empat retak tempurung kepala selepas dibelasah lima remaja lelaki di sebuah sekolah di sini, Selasa lalu. Susulan insiden, polis menahan lima remaja terbabit yang juga pelajar sekolah sama untuk siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan cedera parah dengan menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Sik Choon Foo berkata, kejadian berlaku pada 11.15 pagi di luar kelas mangsa yang berusia 17 tahun, dengan remaja itu turut mengalami bengkak di tangan dan belakang badan. Katanya, mangsa didatangi suspek berusia 18 tahun yang memukulnya dengan seorang daripada mereka menggunakan batu sebelum menghentaknya di kepala mangsa. Pergaduhan itu dileraikan oleh pengawas sekolah yang lalu di kawasan berkenaan.

Mangsa dan lima suspek tidak pernah berkawan rapat dan tiada sejarah perselisihan faham, namun seorang daripada suspek dikatakan tidak puas hati serta menuduh mangsa mengganggu teman wanitanya katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, mangsa menerima rawatan di Hospital Gua Musang dan pemeriksaan awal doktor mendapati tempurung kepala kirinya ada kesan retakan dan memerlukan rawatan susulan. Suspek yang ditahan pada hari kejadian sudah dibebaskan dengan jaminan polis, katanya.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version