Home Bahasa Malaysia PLUS nafi beri diskaun tol 50% untuk perjalanan ke Johor

PLUS nafi beri diskaun tol 50% untuk perjalanan ke Johor

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menafikan telah mengeluarkan kenyataan media mengenai pemberian diskaun tol sebanyak 50 peratus untuk mereka yang pulang mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. PLUS dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya memandang serius perbuatan menggunakan logo syarikat itu untuk mengelirukan orang ramai.

Syarikat konsesi lebuh raya itu turut menyatakan akan bekerjasama dengan pihak berwajib untuk mengambil tindakan terhadap individu dan pihak yang terbabit. Terdahulu, tular satu kenyataan memaklumkan diskaun sebanyak 50 peratus diberikan bermula pada 12 tengah malam 11 Mac bagi semua perjalanan menghala ke selatan tanah air sempena PRN Johor. — Bernama

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version