Home Bahasa Malaysia Selesai kiub rubik 14.32 saat

Selesai kiub rubik 14.32 saat

New Delhi: Menunggang basikal sambil menyelesaikan kiub rubik dengan pantas. Itu kelebihan dimiliki V Jayadharshan, 12, dari Chennai yang mengambil masa 14.32 saat untuk menyelesaikan kiub rubik berkenaan.

Video prestasinya dikongsi laman Instagram rasmi Guinness World Records semalam hingga meraih lebih 66,000 tontonan. Dalam video itu, Jayadharshan dilihat menunggang basikal Hercules sambil menyelesaikan kiub rubik dalam masa singkat.

Kanak-kanak itu mengambil masa dua tahun berlatih sebelum mencuba nasib dalam rekod dunia terbabit. Sebelum ini, Jayadharshan memegang rekod dalam Asia Book of Records apabila berjaya menyelesaikan 60 kiub dalam masa 30 minit dengan hanya sebelah tangan.

Seorang pengguna Instagram berkata, dia kagum dengan kebolehan kanak-kanak itu dan percaya rekod itu boleh dipecahkan dengan beberapa latihan dan kemahiran menunggang basikal yang baik.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version