Home Bahasa Malaysia Polis siasat dakwaan anggota lakukan kekerasan ketika tangkapan

Polis siasat dakwaan anggota lakukan kekerasan ketika tangkapan

Shah Alam: Polis Selangor menjalankan siasatan berhubung dakwaan anggotanya melakukan kekerasan ketika membuat tangkapan seperti yang tular di media sosial. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, pihaknya mengesan satu video berdurasi 1 minit 25 saat tular di media sosial mendakwa polis melakukan kekerasan semasa proses tangkapan dibuat. Polis mengesahkan individu di dalam video klip itu adalah dua anggota polis dari JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor yang sedang dalam proses menangkap seorang subjek iaitu lelaki warga tempatan.

Ekoran kejadian itu, polis menerima dua laporan yang dibuat subjek dan anggota polis berkenaan yang mana masing-masing mendakwa cedera ringan semasa proses tangkapan itu, katanya dalam kenyataan hari ini. Sehubungan itu katanya, polis meminta orang ramai atau saksi bebas yang melihat kejadian terbabit tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berdekatan. Orang ramai juga diminta tidak membuat kesimpulan sendiri atau membuat perkongsian dan menyebarkan sebarang berita yang diperoleh dari sumber tidak tepat, katanya.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version