Home Bahasa Malaysia KPDNHEP gesa MOT, MAVCOM cari jalan selesai isu kelewatan penerbangan

KPDNHEP gesa MOT, MAVCOM cari jalan selesai isu kelewatan penerbangan

AirAsia akan memberikan maklum balas lengkap terhadap isu yang diketengahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam tempoh 24 jam.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata ini berikutan pihaknya bagi mendapatkan maklum balas berhubung berhubung beberapa isu berkaitan syarikat penerbangan tambang rendah itu.

Katanya, selepas mengeluh, rungutan dan aduan oleh penumpang mengenai isu penerbangan berkenaan, pihaknya telah membuat penyelidikan awal dan terus menghubungi pengurusan AirAsia.

“Usaha merungkai masalah ini perlu dibuat secara teratur bagi memastikan penyelesaian menyeluruh dapat dirangka dan dilaksanakan.

Antara isu membabitkan kepentingan pengguna yang diketengahkan menerusi libat urus berkenaan adalah penangguhan jadual penerbangan dan senarai semula jadual penerbangan yang menjangkau lebih enam jam.

“Turut dibangkitkan ialah kelayakan pengguna mendapatkan pampasan sekiranya mengalami kelewatan penerbangan sebegini,” dalam ciapan di Twitter, hari ini.

Alexander berkata, bagi memudahkan pengguna, beliau meminta AirAsia menyediakan carta aliran mengenai proses memfailkan aduan rasmi bagi mendapatkan pampasan.

Walau bagaimanapun, katanya, pampasan berkenaan tertakluk kepada garis panduan yang ditetapkan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sebagai agensi keselamatan dalam isu itu.

Alexander sehubungan itu menggesa Kementerian Pengangkutan dan MAVCOM supaya lebih proaktif dan tampil mencari penyelesaian berhubung isu penerbangan oleh Airasia.

Katanya, walaupun isu industri penerbangan banyak tertakluk kepada bidang kuasa Kementerian Pengangkutan, beliau sebagai menteri akan campur tangan sekiranya hak pengguna berkenaan sama.

Alexander berkata, tiada istilah ‘sembang kari’, ‘cakap tak serupa bikin’, ‘siasat dan siasat’ atau sekadar berpeluk tubuh dalam isu berkenaan kerana kepentingan pengguna adalah amanah beliau sebagai menteri yang dilantik dalam KPDNHEP.

Terdahulu, penumpang AirAsia meluahkan rasa tidak puas hati di media sosial apabila pesawat yang sepatutnya dinaiki mereka lewat tiba dari masa yang ditetapkan.

Malah, ada penumpang terpaksa menunggu lama di lapangan terbang berikutan pihak AirAsia yang membuat penjadualan semula bukan hanya sekali, tetapi berulang kali untuk penerbangan sama.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version