Home Bahasa Malaysia Lelaki Myanmar dicekup cuba culik kanak-kanak 4 tahun

Lelaki Myanmar dicekup cuba culik kanak-kanak 4 tahun

Jeritan seorang ibu menyelamatkan anaknya daripada diculik oleh lelaki warga Myanmar dalam kejadian di depan rumahnya di Batu Tiga, Jalan Gambang, Kuantan, Pahang, semalam. Dalam kejadian itu, suspek berusia 30 tahun dilaporkan cuba melarikan kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang ketika itu sedang bermain manakala ibunya menyiram pokok di halaman rumah.

Ketua Polis Kuantan, Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian daripada orang awam pada 9.45 pagi sebelum sepasukan anggota IPD Kuantan bergegas ke lokasi. Beliau berkata, suspek ditahan oleh orang awam dan bapa mangsa di tepi jalan berdekatan Pusat Dagangan Batu Tiga, sebelum diserahkan kepada polis.

Suspek dibawa ke IPD Kuantan dan proses reman akan dilakukan oleh pegawai penyiasat kes hari ini. Turut dirampas bersama suspek ialah sehelai kain lampin berwarna putih dipercayai digunakan untuk menutup kepala mangsa,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Zahari berkata, bapa mangsa yang merupakan penjual ketam nipah membuat laporan polis berkaitan kejadian itu. Beliau berkata, berdasarkan laporan diterima, kejadian berlaku ketika mangsa bermain pasir di depan rumah manakala ibunya sedang menyiram pokok bunga di halaman.

Bapa mangsa mendengar bunyi jeritan isterinya yang mengatakan anak bongsu mereka dilarikan seorang lelaki yang tidak dikenali. Susulan itu, bapa mangsa bertindak segera dengan mengejar suspek yang cuba melarikan diri.

Dengan bantuan orang ramai, suspek ditangkap dan diserahkan kepada pihak polis untuk tangkapan semula,” katanya. Kes disiasat mengikut Seksyen 363/511 Kanun Keseksaan kerana melakukan penculikan dan cubaan melakukan jenayah. Selain itu, suspek juga disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki negara ini tanpa dokumen perjalanan yang sah.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version