Home Bahasa Malaysia Penumpang feri ke Langkawi wajib kemuka Mykad bermula 1 Ogos

Penumpang feri ke Langkawi wajib kemuka Mykad bermula 1 Ogos

Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd yang menguruskan perkhidmatan feri di jeti Kuala Kedah, Kuala Perlis dan Langkawi memperkenalkan peraturan baharu dengan mewajibkan penumpang mengemukakan Mykad sebelum dibenarkan menggunakan perkhidmatan itu bermula 1 Ogos ini.

Pengurus Sumber Manusia dan Operasi, Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Kapten Baharin Baharom, berkata peraturan baharu itu bertujuan mengelak penumpang ke Langkawi, Kedah serta Perlis menjadi mangsa ulat tiket selain mengelak penyeludupan pendatang tanpa izin (PATI).

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya melaksanakan tempoh percubaan bermula 1 Julai hingga 31 Julai ini, bagi membiasakan penumpang mematuhi peraturan baharu berkenaan. Menerusi peraturan bahari ini, kita dapat mengelak penumpang feri menjadi mangsa ulat tiket selain mengekang kemasukan PATI seperti yang berlaku di Langkawi baru-baru ini.

Kesesakan tidak akan berlaku ketika pemeriksaan dilakukan, kerana kita cuma nak tengok nombor pengesahan Mykad penumpang saja sebelum mereka dibenarkan menaiki feri, katanya ketika dihubungi hari ini. Baharin berkata, penumpang yang membeli tiket melalui kaunter perlu mengimbas Mykad pada mesin yang disediakan manakala pembelian tiket secara dalam talian perlu menunjukkan tiket yang akan disemak supaya selari dengan nama dan kad pengenalan.

Berdasarkan maklumat yang diterima sebelum ini, katanya, pihak tidak bertanggungjawab akan membeli tiket lebih awal terutamanya ketika waktu cuti persekolahan dan cuti umum. Kita menerima aduan daripada penumpang yang membeli tiket sehala lebih mahal sehingga RM60 seorang sedangkan tiket biasa yang dijual hanyalah pada harga RM18 (Kuala Perlis) manakala RM23 (Kuala Kedah) ke Langkawi.

Ia sedikit sebanyak menjejaskan pelancong untuk pergi bercuti ke pulau itu,katanya. Justeru, Baharin berkata, operator feri akan menyemak terlebih dulu tiket sebelum menaiki feri bagi memastikan tiket itu adalah nama penumpang yang sama membeli tiket yang sah.

“Bagi pelancong yang datang secara berkumpulan pula, mereka perlu mengemukakan salinan nama serta Mykad kesemua mereka sebelum dibenarkan berlepas menaiki feri. Kita juga sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa sekiranya ada yang cuba menyeludup Pati menggunakan perkhidmatan feri,” katanya.

Media semalam melaporkan, cubaan sindiket penyeludupan Pati menggunakan feri penumpang menyeludup PATI ke negara ini berjaya dikesan pihak berkuasa yang menjalankan pemantauan. Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa, berkata modus operandi terbaharu itu dikesan selepas pihaknya menahan tujuh PATI warga Myanmar kelmarin. Dalam kejadian pada jam 4.30 petang itu, tujuh PATI berusia antara 22 dan 40 tahun dikesan dihantar tekong darat menaiki feri penumpang dari Langkawi ke Kuala Kedah.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version