Home Bahasa Malaysia Kanak-kanak maut terjatuh tali air

Kanak-kanak maut terjatuh tali air

Kuantan: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun ditemui selepas dikatakan terjatuh di tali air di Kampung Chengal Lempung, di sini, hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, mangsa, Che Wan Izz Aqil Haris Che Wan Hamizi dari Taman Unity, di sini.

Katanya, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada 7.19 semalam. Seramai lima anggota termasuk seorang pegawai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng bergegas ke tempat kejadian.

Setibanya di tempat kejadian, mangsa sudah ditemui oleh orang awam dan disahkan meninggal dunia oleh kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini. Katanya, kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini untuk tindakan lanjut.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version