Home Bahasa Malaysia Pengunjung Suria KLCC maut terjatuh dari tingkat atas

Pengunjung Suria KLCC maut terjatuh dari tingkat atas

Seorang pengunjung di Suria KLCC, Kuala Lumpur, pasti dipercayai terjatuh dari tingkat atas pusat beli-belah berkenaan, hari ini. Perkara itu disahkan pihak Suria KLCC dalam satu kenyataan, hari ini.

Pihak pengurusan Suria KLCC dukacita apabila berlaku kejadian malang di Suria KLCC petang tadi menyebabkan seorang pengunjung terjatuh dari atas. Dukacita juga dimaklumkan individu terbabit telah meninggal dunia, kata kenyataan itu.

Pihak Suria KLCC turut menyatakan bahawa mereka bersedia memberi kerjasama penuh membantu pihak berkuasa dalam siasatan kes terbabit. Dalam pada itu, pihak Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi mengesahkan kejadian itu dan menjelaskan siasatan lanjut akan dilakukan.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version